Al-Madinah International University (MEDIU) baru-baru ini menyambut Hari Bahasa Arab Sedunia pada hari Isnin, 12 Disember 2019 yang dianjurkan oleh The Arabic Language Club. Acara yang dihadiri oleh Dekan Fakulti Bahasa; Prof. Madya Dr. Flayyih Mudhhi Ahmed, Pengarah Pusat Pengajian & Bahasa Persediaan; Prof. Dr. Daud Quadir Elega, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar; Prof. Madya Dr. Doucoure Abdou Samadou, Penasihat Kelab Bahasa Arab; Asst. Prof. Dr. Abduloh Usof, Ketua Jabatan Bahasa Arab; Asst. Prof. Dr. Koussoube Issa dan juga dihadiri oleh barisan pensyarah dan para pelajar dari Fakulti Bahasa serta Fakulti Ilmu Islam. Program ini memainkan peranan universiti di dalam mempromosikan bahasa Arab sebagai bahasa utama komunikasi antara pelajar dan pensyarah.
Program dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh pelajar fakulti diikuti dengan ucapan pembukaan dari Penasihat Kelab Bahasa Arab, Asst. Prof. Dr. Abduloh Usof di mana beliau merakamkan ucapan penghargaan kepada pelajar dan penganjur acara tersebut untuk menganjurkan program yang bernilai itu. Ia kemudian diikuti oleh ucapan oleh Assoc. Prof. Dr. Flayyih Mudhhi Ahmed di mana beliau menasihatkan para pelajar untuk mempelajari bahasa Arab dan juga menjelaskan betapa pentingnya bahasa ini untuk dipelajari dan diangkat martabat sebagai bahasa sejagat yang diterima pakai oleh masyarakat global.
Pada akhir program, para pelajar dari Kelab Bahasa Arab telah mengadakan persembahan teater ringkas oleh ahli-ahli Kelab Bahasa Arab menunjukkan situasi yang dihadapi oleh pelajar dan pensyarah universiti serta kepentingan menyelesaikan sesuatu tugasan tepat pada waktunya. Kemudian, para pelajar telah mengadakan acara pertandingan linguistik bagi memantapkan lagi pengunaan Bahasa Arab dan disudahi dengan upacara penyampaian hadiah untuk para pemenang pertandingan dan sesi bergambar bersama pensyarah dan para pelajar.