Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) baru-baru ini meraikan sambutan acara kebudayaan ‘Hari Literasi Bahasa Arab‘ anjuran Fakulti Bahasa dan Pusat Bahasa pada hari Jumaat, 9 September 2016 di bawah naungan Ketua Pegawai Eksekutif, Prof.Dr.Mohammad Khalifa Al-Tamimi. Majlis tersebut telah dihadiri oleh pensyarah dan pelajar dari fakulti masing-masing. Program ini memainkan peranan universiti dalam mempromosikan bahasa Arab sebagai bahasa utama komunikasi antara pelajar dan pensyarah.
Program bermula dengan ayat-ayat bacaan Al-Quran dan taklimat ringkas mengenai peranan dan kepentingan bahasa Arab yang telah disampaikan oleh Prof.Madya Dr. Flayyih Mudhhi Ahmed, Ketua Bahagian Kesusasteraan Arab dan Kritikan Sastera. Beliau juga menyampaikan taklimat ringkas mengenai latar belakang sambutan Hari Literasi Bahasa Arab. Dekan, Fakulti Bahasa; Prof. Madya Dr. Daud Quadir Elega juga memberi ucapan mengenai kepentingan dan keindahan bahasa Arab dan peranan dan sumbangan MEDIU di dalam menyebarkan medium bahasa Arab melalui teknik moden pembelajaran. Antara peranan universiti di dalam menyemarakkan bahasa Arab, adalah dengan pelancaran program ‘Mubeen’, iaitu program mengajar Bahasa Arab kepada penutur bukan Arab, melalui kursus-kursus yang pelbagai bersesuaian dengan keperluan pelatih. Program Mubeen adalah usaha sama pihak universiti bersama Syatikat Perhubungan Awam TAOQ, sebuah anak syarikat di bawah kelolaan Kumpulan Arab Penyelidikan dan Pemasaran yang berpusat di Riyadh.
Antara objektif utama acara itu adalah untuk menunjukkan peranan universiti di dalam menegakkan isu kepentingan yang berkaitan dengan bahasa Arab, membincangkan peranan dan kesan bahasa pada masa kini dan masa akan datang. Pada akhir program, Prof.Madya. Dr. Elsayed Mohamed Salem; Ketua Jabatan Bahasa Arab dan Dekan Hal Ehwal Perpustakaan menegaskan akan peranan dan tanggungjawab di dalam menangani masalah buta huruf di dalam bahasa Arab di kalangan masyarakat. Dengan harapan agar bahasa Arab dapat disanjung sebagai bahasa universal yang diterima pakai oleh masyarakat secara global dan berharap semua lapisan masyarakat boleh menyokong sepenuhnya penggunaan dan pembangunan penggunaan bahasa Arab secara keseluruhannya.