Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah mengadakan satu majlis orientasi bagi mengalu-alukan pelajar baru bagi pengambilan April 2018 yang telah diadakan pada hari Isnin, 16 April 2018, dimana kebanyakan pelajar baru mengikuti program universiti dimana kebanyakannya megambil jurusan Asasi Bahasa Arab dan Pengajian Islam, Ijazah Sarjana Muda Bahasa (Kepujian) Bahasa Arab & Kesusasteraan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Islam.
Program orientasi diadakan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Pemasaran serta Persatuan Mahasiswa Pelajar MEDIU. Timbalan Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Dr. Hj. Wan Sulaiman Bin Wan Yusoff di dalam ucapan mukadimah beliau mengalu-alukan kedatangan pelajar baru dan ibu bapa mereka serta memberi penekanan akan kepentingan menuntut ilmu serta mempunyai kesabaran dan daya saing yang tinggi di sepanjang perjalanan menuntut ilmu pengetahuan serta memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar untuk sentiasa kekal positif sepanjang pengajian di MEDIU dan menyatakan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar akan sentiasa membantu sedaya upaya serta memberikan perkhidamatan yang terbaik di dalam memenuhi keperluan para pelajar
Sesi orientasi diteruskan dengan sesi taklimat ringkas mengenai akademik, portal pelajar dan pembelajaran & sistem i-Management, hal-hal berkaitan peperiksaan dan rekod pelajar serta penerangan ringkas mengenai bantuan kewangan kepada para pelajar.