Universiti Antarabangsa A-Madinah (MEDIU) telah mengadakan satu majlis orientasi bagi mengalu-alukan pelajar baru bagi pengambilan Februari 2017 yang telah diadakan pada hari Selasa, 14 Februari 2017. Sebanyak lima belas (15) orang pelajar Malaysia mengikuti program universiti dimana kebanyakannya megambil jurusan Asasi Bahasa Arab dan Pengajian Islam serta program Ijazah Sarjana Muda di bawah Fakulti Sains Islam dan Fakulti Bahasa. Program orientasi diadakan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang diketuai oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar: Asst. Prof. Dr. Yousef Abu Baker El-Ebiary dan dan Encik Abdoulaye Mahamat Zakaria; Timbalan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar bersama-sama dengan jawatankuasa orientasi iaitu Encik Syed Mahbubul Alam Al-Hasani dan Puan Atiqah Shakirah binti Shauki.
Program orientasi bermula dengan pengenalan ringkas universiti oleh Encik Mohd Shahrin Ab Rahman, Ketua Pemasaran. Diikuti dengan ucapan perasmian oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Prof. Madya. Dr. AB Rahim Ismail di dalam menyambut kedatangan pelajar baru dengan memberikan ucapan alu-aluan serta kata-kata semangat kepada para pelajar. Ucapan ringkas dari wakil Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Encik Syed Mahbubul Alam Al-Hasani telah memberi kata-kata semangat kepada para pelajar baru agar sentiaa berfikiran positif sepanjang pengajian mereka di MEDIU dan menyatakan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar akan sentiasa memberi perkhidmatan para pelajar untuk berkhidmat dan memenuhi keperluan mereka.
Sesi orientasi diteruskan dengan sesi taklimat mengenai akademik, portal pelajar dan Pembelajaran Advanced & i-sistem Pengurusan (ALIM) disampaikan oleh Encik Muhammad Arsyad Aslam Bin Mohammad Ali; peperiksaan, rekod dan urusan pemindahan kredit oleh En Syazwan Khalis, taklimat mengenai perkara-perkara kewangan oleh Encik Ahmed Ali Nour, penerangan pinjaman PTPTN dan MARA juga telah diberikan oleh Puan Nor Suhaza Mohmad Shah serta sesi mengenai perpustakaan digital MEDIU oleh Encik Hakkar Fouzi.