Al-Madinah International University (MEDIU) telah mengadakan satu majlis orientasi bagi mengalu-alukan pelajar baru bagi pengambilan September 2018 yang telah diadakan pada hari Isnin, 24 September 2018, dimana kebanyakan pelajar baru mengikuti program universiti dimana kebanyakannya megambil jurusan Asasi Bahasa Arab dan Pengajian Islam, Ijazah Sarjana Muda Bahasa (Kepujian) Bahasa Arab & Kesusasteraan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Islam.
Program orientasi tersebut dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar iaitu Encik Abdoulaye Mahamat Zakariya, Encik Muhammad Raziq Razman bersamaBahagian Pemasaran Kemasukan dan Rekod Pelajar serta Persatuan Pelajar Malaysia MEDIU (PERMAM) dan Majlis Perwakilan Pelajar (SRC).
Ucapan pembukaan dan ceramah motivasi oleh Timbalan Ketua Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Alumni, Penyelidikan & Inovasi MEDIU, Prof. Dr. Hj. Wan Sulaiman Bin Wan Yusoff dalam mengalu-alukan pelajar baru dengan memberi ucapan selamat datang, galakan dan nasihat kepada pelajar-pelajar baru.
Majlis tersebut diteruskan dengan ucapan dari Ketua Pegawai Eksekutif kami, Prof. Emer. Dr. Ismawi Zen dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Akademik & Pengantarabangsaan, Prof. Dr. Ab Rahim Bin Ismail mengenai maklumat ringkas mengenai universiti.
Sesi orientasi diteruskan dengan sesi taklimat antara lain pada portal pelajar, sistem pembelajaran lanjutan & i-pengurusan (ALIM), peperiksaan dan rekod, pemindahan kredit dan bantuan kewangan serta pengenalan fakulti kepada pelajar baru.










