fbpx

Hari Orientasi Pelajar (Pengambilan Sept 2019)

Al-Madinah International University (MEDIU) telah mengadakan satu majlis orientasi bagi mengalu-alukan pelajar baru bagi pengambilan September 2019 yang telah diadakan pada 28-30 September 2019, dimana kebanyakan pelajar baru mengikuti program universiti dimana kebanyakannya megambil jurusan Asasi Bahasa Arab dan Pengajian Islam, Ijazah Sarjana Muda Bahasa (Kepujian) Bahasa Arab & Kesusasteraan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Islam.

Program orientasi tersebut dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar Encik Muhammad Raziq Razman dan Cik Khairunisa Jan Anamallah bersama Bahagian Kemasukan dan Rekod Pelajar serta Persatuan Pelajar Malaysia MEDIU (PERMAM) dan Majlis Perwakilan Pelajar (SRC).

Ucapan pembukaan dan ceramah motivasi oleh Prof. Dr. Hj. Wan Sulaiman Bin Wan Yusoff; Timbalan Ketua Eksekutif Hal Ehwal Akademik, Pengantarabangsaan dan Pendaftar dalam mengalu-alukan pelajar baru dengan memberi ucapan selamat datang, galakan dan nasihat kepada pelajar-pelajar baru serta maklumat ringkas mengenai universiti.

Sesi orientasi diteruskan dengan sesi taklimat antara lain pada portal pelajar, sistem pembelajaran lanjutan & i-pengurusan (ALIM), peperiksaan dan rekod, pemindahan kredit dan bantuan kewangan serta pengenalan fakulti kepada pelajar baru.