fbpx

Iftar MEDIU 1434 Hijrah – MEDIU meraikan anak-anak kurang bernasib baik

[slideshow id=164]

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Perhubungan Awam ini bertujuan memberi peluang kepada kakitangan Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) untuk berbakti dan menggembirakan hati anak-anak yatim serta memupukkan hubungan erat dan kasih sayang yang berlandaskan anjuran agama.

Menyedari di luar sana terdapat segelintir anak-anak yang sedang mengharungi bulan yang penuh keberkatan ini tanpa di sisi mereka insan tersayang. Mereka hidup dengan penuh kepayahan dan penderitaan. Lumrah kehidupan, ada permulaan dan ada kesudahan. Sebahagian mereka sudah tidak mempunyai bapa dan sebahagian yang lain kedua-duanya telah pergi untuk selamanya.

Mereka perlu meneruskan kehidupan, mereka perlu harungi kepayaan yang menimpa dan mereka juga memiliki naluri seperi anak-anak lain untuk tidak tercicir dari alam pembelajaran.

Di kesempatan hampirnya Syawal, MEDIU telah melaksanakan aktiviti sosial menjelangnya syawal bertujuan untuk menjernihkan tautan hati kehambaan kepada Allah dan menceriakan anak-anak kurang bernasib baik dengan mengadakan majlis berbuka puasa serta memberikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit, makanan, alat tulis , dan alat mainan untuk kecergasan minda.

Turut serta memeriahkan program ini ialah Dr. Fadlan Mohd Othman, Timbalan Rektor, Dr Mahdi Abdul Aziz, Dekan Fakulti Pengajian Islam dan En Fuad Ahmad Al As, Pengarah Hal Ehwal Pentadiran

Objektif Program:
a) Mengenali dan mengeratkan sillaturrahim di antara warga MEDIU dan Anak-anak yatim.
b) Penghargaan diatas jasa bakti rumah kebajikan yang menjaga anak-anak yatim.
c) Peluang untuk menghulurkan sumbangan kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan .
d) Menimbulkan rasa kesedaran dan keinsafan dengan membantu golongan yang kurang bernasib baik serta mendekati mereka.

Rumah kebajikan terlibat;

1) Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong, Selangor
2) Rumah Kebajikan  Al Khairiah, Kapar