Pihak Al-Madinah International University (MEDIU) telah mengadakan Majlis Iftar baru-baru ini bagi kakitangan dan pelajar universiti pada hari Rabu, 15 Mei 2019. Majlis tersebut telah diadakan di perkarangan Surau Utama MEDIU dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen; Prof. Dr. Ab Rahim Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Pengantarabangsaan); para pensyarah, kakitangan am universiti serta mahasiswa mahasiswi dan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Bahagian Hal Ehlwal Pelajar, Pembangunan & Inovasi); Prof. Dr. Hj Wan Sulaiman Wan Yusoff.
Ketua Pegawai Eksekutif menyatakan ucapan terima kasihnya serta memuji usaha Jabatan Hal Ehwal Pelajar mengadakan majlis Iftar Jamaei untuk mengeratkan hubungan sedia ada diantara para pekerja dan pelajar-pelajar MEDIU.