Al-Madinah International University (MEDIU) mengambil bahagian dalam International Conference on Informatics, Computing and Applied Mathematics (ICICAM 2019) dengan tema “Fostering Knowledgeable Societies” yang diadakan pada 26-28 Oktober 2019 di TH Hotel, Kuala Terengganu, Terengganu. Persidangan itu dianjurkan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan MEDIU telah diwakili oleh Prof. Prof. Dr. Najeeb Abbas Al-Sammarraie, Timbalan Dekan Pasca Siswazah dan Penyelidikan Sains dan Encik Samer Ali Omar Bamansoor dari Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat (FCIT)..
Persidangan menyediakan pelantaran bagi perbincangan, pertukaran idea dan hasil penyelidikan, perkongsian pengetahuan dan perbincangan serta mencari peluang untuk penyelidikan bersama dan pembangunan produk dengan pakar dari dalam dan luar negara dalam topik yang berkaitan dalam bidang pengkomputeran, informatika dan matematik gunaan.