fbpx

Penyertaan Karnival Sukan Pelajar Antarabangsa (ISSC 2017)

Pelajar antarabangsa Al-Madinah Intrenational University (MEDIU) baru-baru ini telah mengambil bahagian di dalam “International Students Sport Carnival” (ISSC 2017) pada hari Selasa, 26 September 2017. Pelajar MEDIU mengambil bahagian dalam dua acara sukan; perlawanan bola sepak dan bola tampar dan diketuai oleh kakitangan universiti iaitu Helmi Murad Ebrahim Ahmed, Encik Hani Mohammed Naji dan Encik Syed Mahbubul Alam Al-Hasani.

Karnival sukan yang berlangsung selama dua hari tersebut telah dianjurkan oleh Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya dan telah berjaya menarik hampir 550 penyertaan pelajar antarabangsa dari 19 institusi pengajian tinggi tempatan dan bersaing dalam tujuh perlawanan sukan.

Presiden MMU, Profesor Datuk Dr. Ahmad Rafi Mohamed Eshaq berkata di dalam majlis perasmian itu, karnival itu menjadi penyumbang untuk memupuk integrasi yang sihat dan produktif di kalangan para pelajar antarabangsa dari pelbagai negara yang menghadiri institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi; Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berharap dapat menghasilkan graduan yang cemerlang di luar bidang akademik khususnya di dalam arena sukan serta aktiviti kokurikulum.