Universiti Antarabangsa Al-Madinah bebas fahaman wahabi – Sinar Harian (Nasional) 13 Julai 2018/ms:14
Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) kini disahkan bebas daripada menyebarkan ajaran berunsur radikal dan ekstremis selepas mendapat pengesahan daripada beberapa agensi dan jabatan. Ketua Eksekutifnya, Prof Emeritus Dr. Ismawi Zen berkata Mediu menerima surat pengesahan secara rasmi daripada Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor yang mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
“Ini mengizinkan MEDIU terus kekal beroperasi sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi dan menafikan kewujudan unsur-unsur negatif yang menjurus kepada redikal dan ekstremis di dalam silibus pengajian dan aktiviti MEDIU.”
Mengulas lanjut pada sidang media di MEDIU, Ismawi berkata kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga membolehkan Mediu mengambil pelajar antarabangsa dan disenarai kembali dalam laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai layak memohon jawatan di dalam perkhidmatan awam oleh para pelajar Malaysia lepasan MEDIU.
Keratan akhbar berkaitan:
- http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/mediu-bebas-fahaman-wahabi-tak-lahirkan-ekstremis-1.855426
- http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/12/kerajaan-sahkan-universiti-al-madinah-bebas-fahaman-radikal-ekstremis/
- http://temp.malaysiagazette.com/v2/blog/2018/07/12/mediu-bebas-fahaman-wahabi-silibus-radikal/
- https://www.youtube.com/watch?v=7ayPccpX9QY