
Belajar secara maya
Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) menawarkan sistem pembelajaran maya bagi memberi kemudahan kepada pelajar tanpa perlu menghadiri kelas. Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen berkat, jalinan pendidikan yang dijalankan oleh MEDIU menyediakan kemudahan-kemudahan pelajar menuntut ilmu tanpa perlu berada di kuliah. Menurutnya, pelajar bukan sekadar dapat berkomunikasi dengan pensyarah malah boleh menyelesaikan tugasan melalui konsep universiti maya. Pihak MEDIU juga telah membangunkan Sistem Pengurusan Kampus (CMS) sendiri yang memudahkan pelajar dan pensyarah menggunakan akses tersebut bagi komunikasi secara langsung.
Prof. Dr. Ismawi menjelaskan, di MEDIU pelajar akan mengikuti pengajian hampir sepenuhnya secara maya atau dalam talian dan kaedah e-perkhidmatan atau e-pembelajaran (e-learning) ini adalah konsep baharu dalam kehidupan pelajar yang mesti mereka penuhi. Dalam pada itu, beliau berkata kursus pengajian universiti itu adalah berasaskan sains Islam sepenuhnya selaras dengan tujuan penubuhannya untuk memartabatkan Islam sebagai asas pendidikan utama.
Untuk berita penuh, sila layari: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/belajar-secara-maya-1.622539