fbpx

Keratan Akhbar-MEDIU bebas dari tohmahan, mahu jadi perintis pendidikan Islam dalam talian (Utusan Melayu 7/8/2018)

Keratan Akhbar – MEDIU bebas dari tohmahan, mahu jadi perintis pendidikan Islam dalam talian (Utusan Melayu, 7/8/2018 (Selasa)

Selepas 10 tahun bertapak di negara ini, Al-Madinah International University (MEDIU) melangkah setapak lagi sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) yang menawarkan program pengajian Islam secara komprehensif dan merupakan antara universiti perintis dalam program pendidikan jarak jauh yang dikelola sepenuhnya secara dalam talian.

Temubual khas bersama Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen untuk mendapatkan perspektif baharu universiti yang sebelum ini pernah terpalit dengan beberapa isu tohmahan sebagai satu lagi institusi pendidikan Islam untuk generasi muda negara ini.

Antara yang dikupas adalah keistimewaan MEDIU berbanding dengan IPT islam yang lain dimana fokus utama MEDIU adalah program pengajiannya adalah untuk memartabatkan pendidikan berlandaskan Islam yang berteras kepada ajaran Islam dan menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar utama dimana dengan usaha ini dapat menjadikan bahasa Al-Quran itu sebagai bahasa ilmu dan mengembalikan kepentingannya seperti di zaman keagungan Islam dahulu. Selain kemudahan yang kondusif, MEDIU juga antara IPT yang menawarkan yuran pengajian pendidikan ynagb berpatutan dan antara yang terendah di pasaran iaitu diantara RM21,000 hingga RM29,000.

Berdasarkan pengalaman beliau sebagai Timbalan Rektor UIAM, beliau akan cuba untuk menjadikan MEDIU sebagai pusat pengajian Islam yang berwibawa di negara ini, selari dengan objektif sebagai pusat pendidikan demi kebaikan masyarakat bukannya untuk menjana keuntungan semata-mata.

Pautan: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/mediu-bebas-tohmahan-1.724004