
Keratan Akhbar – MEDIU tawar 1,500 tempat – Kosmo, 22/12/2018 (Sabtu)
Al-Madinah International University (MEDIU) universiti swasta berteraskan Islam yang kini beroperasi di Desa Petaling, Kuala Lumpur menawarkan 1,500 tempat bagi pengambilan peringkat sarjana muda dan praijazah bagi pengambilan sesi 2019.
Kesemua tempat tersebut terbuka kepada para pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Calon-calon boleh mendaftar awal dengan slip keputusan percubaan terlebih dahulu sebelum mengemukakan keputusan sebenar. Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen berkata pendaftaran awal dilakukan bagi memberi peluang kepada para pelajar membuat persediaan awal.
Pautan: http://www.kosmo.com.my/k2/varia/mediu-tawar-1-500-tempat-1.809156