fbpx

Keratan Akhbar-MEDIU tawar pengajian asasi percuma (Utusan Malaysia 3/3/2018)

MEDIU tawar pengajian asasi percuma

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini mempunyai pelbagai pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT), asalkan mereka memenuhi kelayakan minimum yang ditetapkan. Peluang juga semakin terbuka luas apabila universiti yang cuba membantu meringankan beban kewangan pelajar bagi memastikan mereka mampu meneruskan cita-cita untuk ke Menara gading. Usaha itulah yang cuba dilakukan oleh Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) apabila mengambil langkah menawarkan pengajias asasi percuma dalam Bahasa Arab dan Pengajian Sains Islam kepada pelajar-pelajar lepasan SPM untuk pengambilan baru.

Prof. Emeritus Dr Ismawi Zen, Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU berkata program untuk jangka masa setahun itu juga bertepatan dan selari dengan kehendak kerajaan untuk memastikan rakyat di negara ini mendapat ruang dan peluang sebaik mungkin dalam akses pendidikan dan pengajian tinggi. Dengan adanya usaha MEDIU ini, pasti meningjkatkan motivasi dan keupayaan pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat university bagi membentuk individu yang cemerlang dalam kehidupan akan datang.