fbpx

Keratan Akhbar-(Minda Remaja) Belajar bahasa Arab mempunyai fadilat tersendiri (Utusan Melayu 26/3/2018)

Bahasa Arab bukan sahaja bahasa yang sinonim kepada masyarakat Arab di timur tengah tapi merupakan bahasa yang dikaitkan dengan kitab suci Al-Quran yang mengandungi firman Allah SWT.

Menurut siswi Semester 3, Pengajian Asasi Bahasa Arab dan Pengajian islam Universiti Antarabangsa A-Madinah (MEDIU), Nurul Zakirah Muhammad Nazman, 22 beliau bercita-cita untuk menjadi pensyarah atau guru dalam bahasa tersebut apabila tamat belajar kelak.

“Bahasa Arab yang saya pelajari di MEDIU akan saya manfaatkan untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang sama di Universiti AlAzhar, Mesir. Dengan keputusan tersebut saya berharap dapat menjadi seorang guru yang mahir satu hari nanti. Jika boleh berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Gombak tempat saya bersekolah.”, katanya kepada Utusan Melayu baru-baru ini.

Bahasa Arab mudah dipelajari kerana sebagai umat Islam kita sudah biasa dengan ayat suci Al-Quran sejak kecil lagi. Nurul Zakirah memberitahu, pihak MEDIU memberi kursus asasi bahasa Arab secara percuma selama setahun dan peluang tersebut seharusnya tidak dilepaskan. Apa yang penting persekitaran disini baik untuk pembelajaran bahasa Arab kerana guru-guru semuanya dari negara Arab dan amat komited di dalam pengajaran. Sebagai orang Melayu saya bangga kerana berpeluang pelajari satu lagi bahasa selain bahasa ibunda dan bahasa Inggeris. Jika berpeluang sertailah saya di MEDIU untuk mempelajari bahasa Arab hingga fasih, katanya.