fbpx

Lawatan ke Kolej Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Kuwait

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah mengadakan lawatan rasmi ke Kolej Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Kuwait pada hari Selasa, 25 Oktober 2016. Lawatan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Dr. Mohammed bin Khalifa Al Tamimi semasa lawatan kerja beliau ke Kuwait dan disambut oleh Dekan, Fakulti Syariah dan Pengajian Islam; Prof. Dr. Fahad Al Rashidi danTimbalan Dekan, Dr. Walid Al-Ali.

Lawatan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pihak universiti dan institusi pendidikan Islam antarabangsa, di mana Prof. Dr. Mohammed bin Khalifa Al-Tamimi telah membentangkan sejarah dan peranan universiti serta pencapaian akademik, khususnya di dalam program-program pengiktirafan akademik oleh Agensi Kelayakan Malaysia, dengan jumlah semasa 70 program akademik telah menerima status akreditasi penuh daripada 108 program yang ditawarkan oleh pihak universiti. Pada akhir lawatan itu, buku korporat universiti itu telah dihadiahkan sebagai tanda penghargaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan berharap untuk jalinan usahama dalam bidang akademik dan penyelidikan saintifik.

Kolej Pengajian Syariah dan Islam, Universiti Kuwait (http://www.shariakuniv.com/) telah ditubuhkan pada tahun 1982 oleh Allahyarham Sheikh Jaber Al-Ahmad Al-Sabah. Penubuhan kolej tersebut bertujuan sebagai sumber pusat rujukan bagi penubuhan universiti-universiti Islam yang semakin meningkat di Kuwait dan negara-negara Islam yang lain di dalam membantu para pelajar di dalam bidang syariah dan pengajian Islam.