fbpx

Kunjungan Atase Pendidikan Kedutaan Besar Arab Saudi Ke MEDIU

Kunjungan Atase Pendidikan Kedutaan Besar Arab Saudi Ke MEDIU

“Terima Kasih Universiti Antarabangsa Al-Madinah! Saya amat menghargai jasa dan kesungguhan MEDIU dalam mentransformasikan sektor pendidikan. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana Kerajaan Malaysia telah membuka peluang yang seluasnya dan sokongan yang jitu didalam sektor ini  bagi memberi peluang kepada masyarakat di seluruh dunia dapat meneruskan pengajian dalam sektor pendidikan tinggi . Hanya Allah sahaja yang layak membalasnya dengan ganjaran yang baik”. Ujar Prof. Dr. Zaid Al Harithy, Atase Pendidikan Kedutaan Besar Arab Saudi Di Kuala Lumpur sejurus selepas lawatannya ke kampus Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) di Shah Alam pada 30 September 2015.

Sebelum itu Ketua Pegawai Eksekuti MEDIU, Prof Dr. Muhammad Khalifa Al Tamimi memberi penerangan secara terperinci berkaitan MEDIU dan sistem yang diguna pakai serta menyatakan  bahawa pemilihan Malaysia sebagai kampus utama MEDIU ialah kerana Malaysia memiliki kemajuan dan keupayaan yang tinggi dalam bidang teknologi maklumat,  memiliki pembangunan yang bersifat  tranformasi  kearah memacu ekonomi negara dan  kestabilan politik yang  telah dicapai sekian lama.

Kunjungan Atase Pendidikan Kedutaan Besar Arab Saudi ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) pada kali  ini ialah  bagi mengukuhkan hubungan yang telah dijalinkan, meninjau perkembangan Universiti Antarabangsa Al-Madinah dan  mengetahui  perkembangan pelajar-pelajar dari seluruh dunia  yang telah memilih MEDIU sebagai Institusi Pengajian Tinggi untuk menyambung pengajian mereka dalam bidang Pengajian Islam, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan, Kewangan dan Perniagaan, Pendidikan dan Bahasa.