Kunjungan Delegasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah berlangsung pada 18 April 2016.
Kunjungan dalam Program Pembangunan E-Pembelajaran itu telah diketuai oleh Dr. Gairuzazmi Bin Mat Ghani, Director Academic Admission & Management Division. Turut mewakili Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ialah Prof Dr Nuraihan Mat Daud, Dean, Kulliyyah of Languages and Management, Dr Mohd. Feham bin Md Ghalib, Deputy Dean (Academic & Planning), Centre for Postgraduate Studies, Dr Rosemaliza Mohd. Kamalludeen, Kulliyyah of Education, Dr Norsaremah Salleh, Kulliyyah of Information Communication Technology dan Hajjah Nooraini Yusoff, Deputy Director, Office of the Deputy Rector (Academic & Planning).
Ketibaan para tetamu telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Y.Bhg. Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al-Tamimi dengan diiringi Prof. Madya Dr.Wan Mat Hj Sulaiman Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Akademik), Prof. Dr. Wan Sulaiman Wan Yusoff, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Pelajar), Prof.Dr.Sekou Toure, Dekan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, En. Zainul Azhan, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat, Prof. Madya Dr. Ayman Aied Mohammed Mamdouh, Dekan Fakulti Pendidikan, Dr. Najeeb Abbas Al-Sammarraie, Dekan Fakulti Teknologi Maklumat , En. Jamaluddin Hussain, Ketua Jabatan Perhubungan Awam, En. Ahmad Fallatah, Jabatan Perhubungan Awam, Puan Rafa Sufian, Ketua Unit Publisiti dan Puan Nurul Hazuieen, Ketua Unit Acara dan Persidangan. Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU amat mengalu-alukan kehadiran tetamu dan menyatakan rasa gembiranya diatas kunjungan ini.