Dalam rangka jalinan hubungan berterusan diantara Universiti Islam Imam Muhammad Bin Saud dan MEDIU, Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU Prof. Dr. Mohammed bin Khalifa Al-Tamimi telah mengalu-alukan kunjungan Delegasi Universiti itu yang diketuai oleh jawatankuasa akademik, Dr. Muhammad Bin Abdullah Solih, pada 5 Oktober baru-baru ini. Turut bersama menyambut ketibaan beliau ialah Prof. Madya Dr Hj. Wan Mat Hj Sulaiman Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Akademik dan Dr. Islam Faisal Bourini, Ketua Jabatan Pembangunan dan Kualiti Universiti.
Prof. Dr. Mohammad bin Khalifa Al-Tamimi telah mengalukan kunjungan delagasi dari Arab Saudi itu dan menyatakan harapan agar lawatan ini dianggap sebagai sokongan berterusan dan mengukuhkan hubungan diantara dua hala.
Seterusnya delegasi Universiti Islam Imam Muhammad Bin Saud yang turut disertai oleh Prof. Dr. Abd. Rahman Bin Abd. Karim Al-Barahaim Az-Zaied dan Dr. Abdullah Bin Muhammad Al-‘Amru telah diberi penerangan berkenaan sistem pengajian yang diguna pakai di MEDIU yang lebih praktis dengan kepantasan dan kelajuan teknologi terkini yang memberi kemudahan kepada pelajar di seluruh dunia.
Delegasi Universiti Islam Imam Muhammad Bin Saud juga telah mengadakan lawatan ke Pusat Pembelajaran MEDIU yang serba lengkap dengan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa. Sejurus selepas lawatan, beliau telah menyatakan rasa kagumnya dengan pencapaian yang telah dimiliki oleh MEDIU khususnya kemudahan di dalam program yang diperkenalkan yang telah memberi kemudahan untuk pelajar memilih bidang masing masing beserta kaedah pengajian yang telah diguna pakai oleh Universiti dengan gabungan kaedah konvensioanal dan e-pembelajaran.
“Amat membanggakan dengan pencapaian MEDIU dalam teknologi yang telah digunakan, terutamanya pengajian jarak jauh yang terbuka melalui atas talian yang boleh dipelajari di mana sahaja pelajar berada.”, ujar Dr. Muhammad Bin Abdullah Solih. Dengan penuh harapan beliau menyatakan kewujudan Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah membuka peluang kepada pelajar di seluruh dunia untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.