fbpx

Kunjungan Delegasi Universiti Qassim Ke MEDIU

Kunjungan Delegasi Universiti Qassim Ke MEDIU

Dalam rangka jalinan hubungan berterusan diantara Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) dengan Universiti luar negara , pihak MEDIU telah mengalu-alukan Kunjungan Syeikh Abdurrahman Bin Abdul Aziz Bin Soleh Bin Muhammad Al-‘Aql dan perwakilan dari Universiti Qassim ke MEDIU  pada 7 Januari 2016 baru-baru ini . Telah menyambut ketibaan beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif  MEDIU Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al-Tamimi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif  Bahagian  Penyelididkan dan Pembangunan, Prof. Madya  Dr Ab Rahim Ismail dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif  Bahagian  Akademik, Prof. Madya Dr. Wan Mat Sulaiman dengan diiringi  Pengurus Bahagian Pentadbiran, En Fuad Ahmad Al As dan Dekan Bahagian  Penyelididkan dan Pembangunan Dr Seiko Tourie, Mantan Penasihat Agama Di Kedutaan Arab Saudi Di Kuala Lumpur (Kini sebagai Penasihat di MEDIU) Syeikh Abdurrahman Al-Bilaihy serta beberapa orang kakitangan di Jabatan  Perhubungan Awam .

Tujuan lawatan ini adalah untuk hubungan diantara dua hala  dan perkongsian pengalaman yang menjurus ke arah pembangunan dalam sektor pendidikan tinggi. Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al-Tamimi amat mengalu-alukan kunjungan tersebut  dan   menyatakan rasa kegembiraan dan harapan untuk hubungan yang lebih erat dan kerjasama diantara dua hala.

Seterusnya  delegasi Universiti Qassim yang diketuai oleh Syeikh Abdurrahman Bin Abdul Aziz telah diberi penerangan berkenaan sistem pengajian yang diguna pakai di MEDIU, berhubung perkembangan kursus yang telah ditawarkan di MEDIU yang telah memperolehi akraditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan perkembangan kampus baharu MEDIU yang kini dalam usaha melengkapkan bangunan yang terletak di Seksyen U1, Shah Alam. Pada sesi taklimat tersebut telah didedahkan berhubung perkembangan terbaharu MEDIU yang telah berjaya memberikan perkhidmatan kepada  pelajar-pelajar daripada 90 buah negara dengan tawaran pengajian yang merangkumi 70 kursus melalui Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Bahasa, Fakulti Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Teknologi Maklumat, Fakulti Pendidikan, Fakulti Kewangan dan Fakulti Kejurutaraan serta berkaitan sistem yang berjaya dihasilkan dan diguna pakai di MEDIU iaitu Sistem Pengurusan Kampus (CMS) dan E-Sistem Pengurusan Pembelajaran yang dikenali sebagai ‘Alim’.

Syeikh Abdurrahman Bin Abdul Aziz Bin Soleh Bin Muhammad Al-‘Aql telah diberi penghormatan bagi menyampaikan wacana berkaitan teknik dan kemahiran dalam kerjaya  sebagai pendidik  berdasarkan kajian dan pengalaman beliau. Program yang telah dimoderator oleh Dr. Seiko Toure  itu telah berlangsung selama dua jam dan disertai oleh kakitangan dan siswa MEDIU.