fbpx

Kunjungan Dr.Abu Hassan Abdel-Ela Mohammad Haza

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menerima kunjungan Dr. Abu Hassan Abdel-Ela Mohammad Haza, seorang Imam dan khatib di beberapa buah masjid di Semenanjung Malaysia pada hari Isnin, 10 Oktober 2016. Tetamu terhormat diiringi oleh Dr. Mohamed Saad al -Tamimi dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Prof.Dr.Mohammad Khalifa Al-Tamimi di pejabatnya dengan tujuan untuk mengenalpasti aktiviti-aktiviti proses pembelajaran pendidikan universiti yang unik serta pencapaian terkini universiti.

Dalam lawatan itu, Prof.Dr.Mohammad Khalifa Al-Tamimi menyatakan bahawa orientasi sistem pendidikan universiti adalah dalam penggunaan teknologi terkini dan juga sebagai perintis dalam kaedah e-pembelajaran dalam mengejar sistem pendidikan moden global. Dr. Abu Hassan melahirkan kegembiraan di atas kesempatan melawat universiti Islamik dengan lebih dekat serta mendengar taklimat ringkas akan teknologi moden yang digunakan di dalam memberi sokongan kepada proses e-pembelajaran.

Pada akhir kunjungan tersebut, beliau memuji peranan universiti di dalam mengekalkan prinsip kualiti untuk memastikan generasi masa depan yang cerah dengan menyatakan di dalam buku tamu “Segala pujian hanya bagi Allah, pada hari ini saya telah diberi penghormatan untuk melawat dan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU. Semoga Allah memberkati di atas usaha yang mulia ini .”