fbpx

Kunjungan ke Akademi Pembelajaran Zadie, Saudi Arabia

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah mengadakan lawatan rasmi ke Akademi Pembelajaran Zadie di Arab Saudi pada hari Khamis, 20 Oktober 2016. Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif  MEDIU, Prof. Dr. Mohammed bin Khalifa Al-Tamimi dan disambut oleh Pengarah Akademi, Sheikh Mohammed bin Salih Al-Munajjid dan Pengarah Program Dalam Talian (online), Dr. Osama Zeidan Abdel-Rahman dengan tujuan bagi mengeratkan hubungan dengan institusi pendidikan antarabangsa.

Akademi Pembelajaran Zadie (https://zadi.net/) merupakan satu platform terbuka bagi memudahkan sistem pembelajaran dan pengetahuan melalui kursus dalam talian diadakan di dalam skala besar (MOOC) dalam mencapai wawasan penyebaran ilmu pendidikan dengan teknologi moden terkini, yang memudahkan akses kepada pelbagai sumber bagi semua peringkat umur, boleh diakses dimana-mana, pada bila-bila masa dan tanpa sebarang kos.

Semasa perbincangan bersama pihak Zadie, Prof. Dr. Mohammed bin Khalifa Al-Tamimi telah membentangkan sejarah serta pencapaian akademik universiti, khususnya pengiktirafan program akademik oleh Agensi Kelayakan Malaysia, dengan jumlah semasa sebanyak 70 program  telah menerima status akreditasi penuh daripada jumlah keseluruhan sebanyak 108 program akademik yang ditawarkan oleh pihak universiti.

Pada akhir lawatan tersebut, buku korporat universiti itu telah dihadiahkan sebagai tanda penghargaan oleh pihakMEDIU dan beliau berharap rangka kerjasama dapat diteruskan kelak di antara kedua-dua pihak khususnya di dalam bidang penyelidikan saintifik pada masa akan datang.