Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Dr. Mohammad bin Khalifa Al-Tamimi telah berpeluang mengunjungi Council Saudi Chambers di Riyadh pada hari Rabu, 2 November 2016. Beliau diiringi Encik Saad Al Hussein,penasihat Perhubungan Luar selaras dengan objektif MEDIU bagi membina jambatan kerjasama antara institusi serta personaliti kepimpinan antarabangsa.
Council Saudi Chambers ditubuhkan untuk menyokong pembangunan sektor swasta dan meningkatkan peranannya di dalam pembangunan negara melalui sokongan daripada pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan untuk merealisasikan sebahagian besar objektifnya di dalam pelbagai bidang.
Di dalam pertemuan tersebut, Prof. Dr. Mohammed bin Khalifa Al-Tamimi memberi penerangan akan sejarah dan perkembangan universiti, pencapaian akademik khususnya di dalam program-program yang mendapat pengiktirafan akademik sepenuhnya oleh Agensi Kelayakan Malaysia, dengan jumlah semasa 72 program akademik telah menerima status akreditasi penuh.