fbpx

Kunjungan ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Al-Madinah International University (MEDIU) mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail di Putrajaya pada hari Selasa, 4 Ogos 2020.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman dan diiringi oleh Prof. Madya Tayeb Mebrouki, Pemangku Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Akademik; Pendaftar MEDIU, Puan Nurul Ashikin Abdul Latiff dan Ketua Perhubungan Awam MEDIU, Encik Jamaluddin Hussain.

Prof. Madya Dr. Fadlan menyatakan kegembiraannya mengunjungi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dimana objektif lawatan tersebut adalah untuk memberi taklimat latar belakang MEDIU serta mengenal pasti pembangunan kerjasama yang dapat dilaksanakan di antara kedua-dua belah pihak.