Al-Madinah International University (MEDIU) telah mengadakan pertemuan bersama Timbalan Ketua Pengarah Dasar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Puan Hajjah Hakimah Binti Mohd Yusoff pada hari Jumaat, 7 Ogos 2020.
Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman dan diiringi oleh Dato’ Haji Ahmad Tajuddin, Perunding Pemasaran MEDIU; Puan Nurul Ashikin Abdul Latiff, Pendaftar MEDIU, Encik Jamaluddin Hussain; Ketua Perhubungan Awam MEDIU dan Encik Ahmad Zakaria Ahmad Faizul, Ketua Jabatan Pengurusan Kampus.
Delegasi MEDIU juga berkesempatan mengadakan sesi petemuan bersama YB Tuan Haji Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di pejabat beliau.
Prof. Madya Dr. Fadlan menyatakan kegembiraannya mengunjungi kedua-dua organisasi dimana kunjungan tersebut adalah untuk memberi taklimat latar belakang MEDIU serta mengenal pasti pembangunan kerjasama yang dapat dilaksanakan bersama kedua-dua organisasi.