fbpx

Kunjungan ke Madrasah dan Institusi Islamik di Thailand

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah melawat beberapa sekolah dan instititusi Islamik di Thailand pada hari Rabu, 12 Oktober 2016. Lawatan diketuai oleh Encik Abduloh Usof, Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat dimana beliau telah berkesempatan mengunjungi antaranya Institut Kerajaan islam Thailand, Institut Samadi, Pusat Kebudayaan Awam dan Madrasah Islah.

Lawatan tersebut bertujuan untuk membangunkan hubungan dan mengukuhkan kerjasama antara MEDIU dan sekolah-sekolah Islam dan institusi dalam bidang pendidikan. Encik Abduloh Usof berpeluang memberi taklimat ringkas mengenai sejarah serta pencapaian universiti sejak penubuhannya dan menyatakan bahawa sehingga kini, sebanyak 70 program akademik yang ditawarkan oleh pihak universiti telah mendapat akreditasi sepenuhnya oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pada akhir lawatan itu, buku korporat universiti itu telah dihadiahkan sebagai tanda penghargaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU kepada semua wakil madrasah dan institusi. Beliau juga mendoakan semoga Allah SWT memberkati apa yang dilaksankan oleh mereka dalam penyebaran ilmu di dalam bidang pendidikan Islam khususnya di seluruh rantau negara Thailand.