Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah mengadakan kunjungan rasmi ke Pejabat Ketua Misi Kebudayaan bagi Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 29 September 2016. Kunjungan ini diketuai oleh Yang Berbahagia Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Dr. Mohammed bin Khalifa Al-Tamimi, diiringi oleh Penyelaras Perhubungan Awam, Encik Ahmad Fallatah dan Encik Saad Al Hussein, Penasihat Hubungan Luar. Kunjungan dari MEDIU disambut mesra oleh Prof. Zayed bin Ojair Al-Harethi, Ketua Misi Kebudayaan bagi Kedutaan Arab Saudi di pejabatnya dan melahirkan penghargaan terhadap kunjungan tersebut bagi mengukuhkan hubungan di antara pihak kedutaan dan universiti.
Dalam lawatan itu, Prof. Dr. Mohammed bin Khalifa Al-Tamimi memberi makluman akanpencapaian dan berita terkini universiti khususnya di dalam pengiktirafanprogram-program akademik oleh pihak Agensi Kelayuakan Malaysia (MQA), yakni jumlah semasa adalah sebanyak 70 program akademik kini telah menerima status akreditasi penuh oleh pihak MQA. Ketua Pegawai Eksekutif menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak kedutaan Kerajaan Arab Saudi yang diketuai oleh Duta Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Fahad Al-Rasheed di atas sokongan yang diberikan kepada pihak universiti.