Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Dr. Mohammad bin Khalifa Al-Tamimi telah berpeluang melawat Persatuan Antarabangsa Tadabbur Al-Quran di Riyadh pada hari Selasa, 1 November 2016 semasa lawatan kerja beliau ke Riyadh baru-baru ini.
Beliau telah disambut oleh Sheikh Prof. Dr. Nasser bin Sulaiman Al-Omar, Ketua Persatuan Antarabangsa Tadabbur Al-Quran dan pihak pengurusan di mana beliau menyatakan penubuhan persatuan itu bertujuan untuk mendalami Islam dan penyebaran metodologi saintifik. Persatuan tersebut memanfaatkan semua potensi teknikal kecemerlangan saintifik dan profesional serta mewujudkan persekitaran untuk penyatuan pemikiran Al-Quran bagi mengukuhkan aspirasi iman dan tamadun khususnya di Arab Saudi.
Pada akhir lawatan itu, buku korporat universiti yang diterbitkan pada September 2016 telah dihadiahkan sebagai tanda penghargaan dan berharap peluang kerjasama di dalam pelbagai perkhidmatan pendidikan dan dakwah di masa akan datang.