fbpx

Kunjungan ke Pusat Kajian Penyelidik Wanita, Riyadh

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Prof. Dr. Mohammad bin Khalifa Al-Tamimi telah melawat Pusat Kajian Penyelidik Wanita di Riyadh pada hari Sabtu, 29 Oktober 2016. Beliau telah diiringi oleh Encik Saad Al Hussein, Penasihat Perhubungan Luar an telah disambut oleh Ketua Pengarah Pusat Kajian, Dr. Fouad bin Abdul Karim Abdul Karim.

Semasa perbincangan, Prof. Dr. Mohammed bin Khalifa Al-Tamimi telah membentangkan sejarah serta pencapaian akademik universiti, khususnya pengiktirafan program akademik oleh Agensi Kelayakan Malaysia, dengan jumlah semasa sebanyak 70 program telah menerima status akreditasi penuh daripada jumlah keseluruhan sebanyak 108 program akademik yang ditawarkan oleh pihak universiti.

Pada akhir lawatan tersebut, buku korporat universiti itu telah dihadiahkan sebagai tanda penghargaan oleh pihak MEDIU dan beliau menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap aktiiti penyelidikan saintifik di dalam bidang pembangunan wanita, keluarga dan kepimpinan.