fbpx

Kunjungan ke Tatweer Company for Educational Services (T4edu), Arab Saudi

Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Dr. Mohammed bin Khalifa Al-Tamimi telah berkesempatan melawat Tatweer Company for Educational Services (T4edu) pada hari Isnin, 31 Oktober 2016 di Arab Saudi dan ditemani oleh oleh Encik Saad Al Hussein, Penasihar Hubungan Luar. Kunjungan tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan antara pihak MEDIU dan institusi Islam yang lain bagi meningkatkan visi dan misi penyatuan universiti dan telah disambut oleh oleh Ketua Pegawai Eksekutif T4edu, Dr. Muhammad bin Abdullah Zughaibi .

Di dalam pertemuan tersebut, Prof. Dr. Mohammed bin Khalifa Al-Tamimi memberi penerangan akan sejarah dan perkembangan universiti, pencapaian akademik khususnya di dalam program-program yang mendapat pengiktirafan akademik sepenuhnya oleh Agensi Kelayakan Malaysia, dengan jumlah semasa 72 program akademik telah menerima status akreditasi penuh.

T4edu (https://www.t4edu.com) diasaskan pada tahun 2012 merupakan perintis dalam pembangunan pendidikan di Arab Saudi. Pihak T4edu sedang berusaha untuk bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Arab Saudi untuk membangunkan sistem pendidikan di Arab Saudi secara holistik, untuk menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi.