fbpx

Kunjungan ke Universiti Fatoni, Thailand

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah membuat kunjungan ke Pejabat Rektor Universiti Fatoni di Thailand pada hari Khamis, 13 Oktober 2016. Lawatan tersebut diketuai oleh Encik Abduloh Usof, Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat dan disambut oleh Rektor Universiti, Syeikh Dr. Ismail Lutfi Bin Abdul Rahman Japakiya.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara MEDIU dan Universiti Fatoni di dalam bidang pendidikan dan penyelidikan saintifik, selaras dengan perjanjian persefahaman antara kedua-dua universiti yang telah ditandatangani pada Mei 2016. Encik Abduloh Usof juga berpeluang untuk memaklumkan berita terkini universiti serta pencapaian sejumlah 70 program akademik yang ditawarkan di MEDIU telah menerima akreditasi penuh oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia.

Pada akhir kunjungan terserbut, buku korporat universiti itu telah dihadiahkan sebagai tanda penghargaan kepada Syeikh Dr. Ismail Lutfi, dan beliau mendoakan agar MEDIU lebih maju dan makmur untuk masa mendatang.