fbpx

Kunjungan dari Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM)

Kunjungan dari Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM)

Al-Madinah International University (MEDIU) baru-baru ini menerima lawatan delegasi dari Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM)(http://www.icym.edu.my) pada hari Rabu, 26 September 2018. Kunjungan terserbut adalah dalam rangka kerja kerjasama di antara kedua-dua institusi di dalam dalam bidang pendidikan.

Lawatan itersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM); Datuk Haji Saroni bin Haji Judi, pendaftar; Encik Aminalrashid Mohd Hussain dan dialu-alukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU; Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen, Timbalan KE Hal Ehwal Akademik dan Pengantarabangsaan MEDIU; Prof. Dr. Ab Rahim Ismail dan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pengurusan; Encik Fuad Ahmad Umar Al’As.

Di dalam pertemuan tersebut, memorandum persefahaman telah ditandatangani di antara kedua-dua pihak dan ia seiring dengan usaha untuk mengembangkan peluang pendidikan antarabangsa secara profesional. Pihak MEDIU berharap kerjasama strategik tersebut dapat membawa kepada penciptaan program akademik yang berimpak tinggi dan dapat direalisasikan dengan jayanya.

Artikel berita berkaitan: http://melakakini.my/icym-mediu-meterai-mou/