Dalam rangka jalinan hubungan berterusan antara MEDIU dan Badan Kebajikan Antarabangsa, Ketua Pegawai Eksekutif Prof Dr Mohammed bin Khalifa Al-Tamimi telah mengalu-alukan kunjungan Tuan Badr Abdullah al Fathil, Pengarah Lembaga Pembangunan dan Latihan Al Qudwah yang merupakan Institusi Modal Insan Antarabangsa, yang berpusat di Riyadh, Arab Saudi. Kunjungan dan lawatan ini telah berlangsung pada hari ini, 8 Jun 2015 .
Prof Dr Mohammed bin Khalifa Al-Tamimi menyatakan kegembiraan beliau dan mengucapkan terima kasih kepada wakil Lembaga Pembangunan dan Latihan Al Qudwah itu . Beliau juga menyatakan bahawa lawatan ini dianggap sebagai sokongan berterusan daripada badan kebajikan antarabangsa itu khusus dalam program modal insan serta mengukuhkan hubungan diantara dua hala.
Dalam ucapan Badr Abdullah al Fathil, beliau menyatakan perasaan gembira dan amat berbangga dengan model yang diperkenalkan oleh MEDIU kerana ia mampu untuk menggabungkan peluang pembelajaran untuk semua masyarakat di seluruh dumia dan mempunyai daya saing yang seiring dengan pembangunan berteraskan saintifik.
“Keputusan yang tepat kerana MEDIU memilih Malaysia sebagai Ibu pejabat dan kampus utama , kerana Malaysia memiliki kestabilan politik yang amat baik, kecemerlangan ekonomi yang membanggakan serta kemajuan yang melonjak dalam pembangunan teknologi maklumat.” Ujar Badr Abdullah.
Seterusnya wakil Lembaga Pembangunan dan Latihan Al Qudwah itu juga telah diberi penerangan berkenaan sistem pengajian yang diguna pakai di MEDIU yang lebih praktis dengan kepantasan dan kelajuan teknologi terkini yang memberi kemudahan kepada pelajar di seluruh dunia. Pada sesi taklimat tersebut belah telah didedahkan berhubung perkembangan terbaharu MEDIU yang telah berjaya memberikan perkhidmatan kepada lebih 5 ribu pelajar daripada 90 buah negara dengan tawaran pengajian yang merangkumi 70 kursus melalui Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Bahasa, Fakulti Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Teknologi Maklumat, Fakulti Pendidikan, Fakulti Kewangan dan Fakulti Kejuruteraan.