Kepimpinan Tertinggi MEDIU yang diketuai oleh Yang Amat Mulia Putera Dr. Bandar bin Salman bin Muhammad Al Saud telah mengunjungi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Pejabat Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah mengatur satu Pertemuan Khas diantara Kepimpinan Tertinggi Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) Bersama Timb. Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi pada 10 Mac 2016. Pertemuan yang bersejarah ini telah berlangsung di Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.
Turut menyertai delegasi MEDIU yang diketuai oleh Yang Amat Mulia Putera Dr. Bandar bin Salman bin Muhammad AlSaud itu ialah :
- Dr. Abdul Bari Awwadh Al-Thobaiti
Imam Masjid Nabawi dan Ahli Majlis Universiti
2. Prof. Dr.Muhammad Khalifa Al-Tamimi
Ketua Pegawai Eksekutif
3. Prof. Dr. Ashraf Bin Dato’ Md. Hashim
Ahli Majlis Universiti
4.Prof Dato’ Syed Omar Syed Mohamad Alsagoff.
Ahli Majlis Universiti
Turut mengiringi delegasi dari MEDIU ialah En Fuad Ahmad Umar Al-As, Pengurus Bahaian Pentadbiran, En. Ahmad Fallatah, Pegawai Perhubungan Awam dan En. Jamaluddin Hussain, Ketua Jabatan Perhubungan Awam.