fbpx

Kunjungan Prof. Dato’ Dr.Asbi bin Ali, Management & Science University (MSU)

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menerima kunjungan dari Management & Science University (MSU) pada hari Isnin, 26 September 2016. Kunjungan tersebut diketuai oleh Prof. Dato’ Dr.Asbi bin Ali, Naib Presiden Program Penyelidikan dan Global dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi di pejabatnya. Kunjungan tersebut bertujuan untuk melihat perarakan universiti dan pencapaiannya.

Prof. Dato’ Dr.Asbi melahirkan kegembiraan di atas kesempatan melawat MEDIU untuk melihat dengan lebih dekat akan sistem teknologi  yang digunakan di dalam memberi sokongan kepada proses e-pembelajaran. Penerangan ringkas mengenai proses pentadbiran pendidikan universiti , Sistem Pengurusan Kampus (CMS), gambaran keseluruhan dan Sistem Advanced Pembelajaran i-Management (ALiM) yang digukana di MEDIU telah telah disampaikan kepada beliau. pada akhir lawatan, beliau menzahirkan rasa gembira akan pencapaian yang telah dikecapi dan berdoa agar lebih maju di dalam pembangunan universiti.