fbpx

Kunjungan Sheikh Assim Alhakeem ke MEDIU

Al-Madinah International University (MEDIU) menerima kunjungan hormat Sheikh Assim Alhakeem, seorang pendakwah antarabangsa yang terkenal dari Jeddah, Arab Saudi pada hari Isnin, 5 November 2018. Sheikh Assim alHakeem juga telah diberi penghormatan untuk menyampaikan tazkirah ringkas kepada pihak pengurusan dan kakitangan universiti serta mahasiswa mahasiswi MEDIU.

Sheikh Assim Alhakeem merupakan pendakwah yang sangat aktif diperingkat antarabangsa yang sering menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium dakwahnya. Beliau merupakan graduan lulusan Universiti Umm al-Qura yang berprestij di Makkah, Arab Saudi. Pendakwah kelahiran Arab Saudi ini juga merupakan individu terawal berperanan dalam TV Al-Huda dalam sesi soal jawab secara langsung bersama penonton dan pengguna internet untuk menyebarkan ajaran berlandaskan Al-Qur’an dan Sunnah.