Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al Tamimi telah menerima kunjungan wakil Kementerian Perdagangan Antarabangsa Arab Saudi pada 19 April 2016. Mewakili Jabatan tersebut ialah Y.Bhg, Tuan Khalid Said Halwani yang merupakan Timbalan Atase Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Kewangan Arab Saudi yang berpejabat Di Kedutaan Arab Saudi Di Kuala Lumpur.