Dalam rangka jalinan hubungan berterusan antara MEDIU dan Institu Pengajian Tinggi Awam, Delegasi dari Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah mengadakan kunjungan ke Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Lawatan ini adalah bertujuan sebagai kunjungan hormat dan mengadakan perbincangan bagi mengukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak terutamanya di bahagian pendidikan Islam dan pembangunan dalam penyelidikan.
Y.Bhg. Prof. Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor, Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya telah mengalu-alukan kehadiran delegasi dari MEDIU yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Sekou Tourey, Dekan Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU).