fbpx

Kunjungan Wakil Pusat Ekonomi Islam, IIUM

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menerima kunjungan Prof.Madya.Dr.Zakaria Man, wakil dari Pusat Ekonomi Islam (CIE) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada hari Jumaat, 7 oktober 2016. Tetamu terhormat disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Prof.Dr.Mohammad Khalifa Al-Tamimi di pejabatnya dengan tujuan untuk mengenalpasti aktiviti-aktiviti proses pembelajaran pendidikan universiti yang unik serta membincangkan jalinan kerjasama dengan pihak universiti.

Dalam lawatan itu, Prof.Dr.Mohammad Khalifa Al-Tamimi menyatakan bahawa orientasi sistem pendidikan universiti adalah dalam penggunaan teknologi terkini dan juga sebagai perintis dalam kaedah e-pembelajaran dalam mengejar sistem pendidikan moden global. Dr.Zakaria menyatakan akan minat beliau di dalam dalam isu-isu minoriti Islam di Thailand dan mencari perkongsianilmu di dalam pelaksanaan projek-projek sosial berkaitan pendidikan bagi kaum minoriti Muslim tersebut dengan pembinaan sebuah Universiti Islam di Bangkok. Pada akhir lawatan itu, Ketua Pegawai Eksekutif menyatakan kesediaan dan sokongan beliau di bagi membincangkan potensi kerjasama khususnya di dalam pelaksanaan bidang akademik.