fbpx

Kursus Kemahiran Pengajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua

Kursus Kemahiran Pengajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua

Bagi mewujudkan kaedah pengajaran Bahasa Arab yang lebih bersistematik, Fakulti Bahasa Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU)b telah menganjurkan Kursus Pembangunan untuk Pensyarah Pusat bahasa Arab dan Pensyarah Program Asasi Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Program ini telah berlangsung pada 3 November 2015 bertempat di Dewan Kuliyah, Tingkat 14 Plaza Masalam, bertujuan untuk memberi pendedahan dan kemahiran dalam pengajaran Bahasa Arab berasaskan kaedah asal dengan gabungan teknologi ICT yang lebih mudah dan banyak memberi kelebihan bagi menyampaikan maklumat yang tepat berkenaan pembelajaran Bahasa Arab secara lebih berkesan.

Penyampaian yang menggabungkan dari sumber asal dan kaedah utama ilmu Bahasa Arab serta teknologi yang memaparkan imej yang berintraktif, serta membina interaksi yang amat baik bersama pelajar yang pasti akan memudahkan dan menyeronokkan.

Pembangunan di dalam program Bahasa ini telah dibentangkan oleh beberapa orang pensyarah MEDIU yang berpengalaman dalam pembelajaran Bahasa Arab diperingkat dalam negara dan antarabangsa iaitu Prof. Madya Dr Hj. Wan Mat Bin Hj. Sulaiman Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Akademik), Prof Madya Dr. Ab Rahim Ismail Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Penyelidikan dan Pembangunan), Prof. Madya Dr. Daud Abdul Quadir Elega Dekan Fakulti Bahasa, Dr. Abdul Wasi’ Ishak Timbalan Dekan Pusat Bahasa dan En Saif Fadhil Mahmud dari Jabatan Akademik.

Objektif Program:
• Pembangunan dalam kemahiran pengajaran Bahasa Arab dengan kaedah pembelajaran yang lebih bersistematik
• Menjelaskan maklumat yang tepat kaedah pengarah dari semua sudut merangkumi komunikasi, penterjemahan dan tulisan
• Pendedahan tentang kaedah pembelajaran yang lebih bersistematik secara teori beserta praktikal
• Berkongsi pengalaman, memperkenalkan dan menyemarakkan nilai-nilai murni dikalangan tenaga pengajar
• Menjalinkan hubungan kerjasama secara lebih erat dan terancang
• Usaha mempertingkatkan penguasaan dalam pengajaran Bahasa Arab