fbpx

Latihan Kemahiran Sistem CMS

 

Universiti Antarabangsa Al -Madinah ( MEDIU ) telah mengadakan satu latihan selama satu minggu berkenaan cara penggunaan Sistem Pengurusan Kampus (CMS ) kepada kakitangan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang bermula pada 19 Mei sehingga 23 Mei 2014. Kursus ini di bawah pengendalian Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, MEDIU .

Sesi latihan bermula dengan pembentangan daripada En. Wesam Hassan Awaddh, Timbalan Dekan Bahagian Kemasukan dan Pendaftaran. Beliau telah menjelaskan tentang peranan setiap jabatan dan cara bagaimana Sistem Pengurusan Kampus (CMS ) membantu dalam menguruskan hal ehwal pelajar yang bermula dari pendaftaran pelajar sehinggalah pelajar memperolehi ijazah. Beliau turut menekankan tentang garis panduan peranan Ketua Jabatan berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh universiti.

Sesi latihan ini adalah untuk memberi penjelasan tentang kepentingan sistem serta membentuk kemahiran Ketua-Ketua Jabatan di dalam proses kemasukan dan pendaftaran pelajar secara keseluruhannya. Disamping itu ianya juga  bertujuan untuk meningkatkan tahap prestasi dan kecekapan kakitangan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Diantara topik latihan yang dijalankan adalah merangkumi:

–          Ruang lingkup kerja di bawah Jabatan Perkhidmatan Pelanggan dengan penggunaan sistem CMS, sistem CRM dan  sistem ‘live chat’ dengan menggunakan ‘WhosOn Live Chat’

–          Ruang lingkup kerja di bawah Jabatan Pemasaran dengan penggunaan sistem CMS dan sistem CRM.

–          Tugas-tugas kerja bagi Jabatan Kemasukan dan permohonan melalui sistem CMS

–          Ruang lingkup kerja bagi Jabatan Peperiksaan dan Rekod dan dan permohonan melalui sistem CMS

–          Sistem ALIM.

–          Portal Pelajar.