fbpx

Latihan: Portal Akademik dan Program WizIQ

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah mengadakan program latihan mengenai Portal Akademik dan Program WizIQ pada hari Rabu, 26 Oktober 2016. Program latihan dianjurkan oleh Dekan Pembangunan Universiti dan Kualiti (DEUQ) di bawah pengawasan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan; Prof. Madya Dr. AB Rahim Ismail.

Sei latihan selama dua jam tersebut telah dikelolakan oleh Encik Zainul Azhan Ahmad Bashir, Ketua Pegawai Teknologi dan dibantu oleh Encik afar Batiha, Ketua Jabatan Pentadbiran Akademik dengan objektif utama untuk mengukuhkan kemahiran teknologi maklumat kepada ahli-ahli fakulti.

Dekan Pembangunan Universiti dan Kualiti (DEUQ) telah mengadakan pelbagai sesi latihan dan kursus bagi tahun 2016, terutamanya bagi staf akademik dalam pelbagai bidang kepentingan untuk membina kemahiran baru dan pengetahuan. Dengan ini, dapat membantu kakitangan universiti untuk membangunkan kerjaya dan kemahiran merekaserta membina kelebihan daya saing di dalam diri mereka.