Al-Madinah International University (MEDIU) telah menerima lawatan panel dan pegawai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk lawatan akreditasi bagi program di bawah naungan Fakulti Kewangan dan Sains Pentadbiran (FFAS) ‘Bachelor of Business Administration (Hons) in Management-MQA/FA 0799(OL) and MQA/PA0629(OC)’ pada 12-13 Oktober 2017.
Delegasi panel terdiri oleh Prof. Madya Dr. Nik Mutasim Nik Ab. Rahman (UIM), Prof. Madya Dr. Haji Othman Chin (UNITEN), Dr. Mad Ithnin Salleh (UPSI) dan Dr. Liew Teik Kooi (Wawasan Open University) serta diwakili oleh Puan Nurul Najmi Alias and Puan ‘Aisyah Amaran selaku pegawai MQA.
Lawatan itu melibatkan perwakilan antarabangsa iaitu Puan Joyce Anastasia Adam, Samoa Qualifications Authority (SOA); Puan Lupepauu Fololina Ikani dari Tonga National Qualifications And Accreditation Board; Encik Kittikantaphong Sribuawnam, Office for National Education Standards and Quality Assessment, Thailand (ONESQA), Thailand dan Encik Haji Abdul Aziz Haji Abd Ghaffar dari Brunei Darussalam National Accreditation Council (BDNAC), Ministry of Education. Delegasi perwakilan tersebut bertindak sebagai pemerhati kepada proses akreditasi yang terlibat dan diiringi oleh kakitangan Pusat Latihan dan Jaminan Kualiti MQA, Puan Norhafizah Jusoh; Ketua Penolong Pengarah dan Cik Asmaa’ Suid; Penolong Pengarah.
Penilaian program melibatkan sesi perbincangan dan wawancara dengan dekan dan pensyarah, mengkaji dokumentasi serta mewawancarai para pelajar dan pensyarah. Sesi tersebut telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Akademik, Prof. Dr.Ab Rahim Ismail serta Dekan Fakulti Kewangan dan Sains (FFAS), Asst. Prof. Dr. Mohammed Abdullah Ali Alkhawlani dengan kehadiran pensyarah-pensyarah fakulti, pegawai pendaftar dan pegawai pentadbiran universiti.
Pada akhir lawatan itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Akademik menyampaikan penghargaan kepada para perwakilan dan kemudian diikuti dengan lawatan pejabat di sekitar kemudahan akademik dan pentadbiran MEDIU.