Al-Madinah International University (MEDIU) telah menerima lawatan panel dan pegawai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk lawatan akreditasi bagi program di bawah naungan Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat (FCIT) ‘Bachelor of Computer Science (Hons) in Computer Networking- MQA/FA0042 dan Bachelor of Computer Science (Hons)-MQA/FA0043’ pada 2-3 Oktober 2017.
Delegasi panel terdiri oleh Dr. Mohamad Fadli Zolkipli (Universiti Malaysia Pahang), Dr. Mohammed Azlan Mohamed Iqbal (UNITEN) dan Prof. Madya Dr. Azidah Abu Ziden (USM) bagi program ‘Computer Networking’ manakalan bagi program ‘Computer Science’ dipaneli oleh Prof. Datin Dr. Noor Habibah Arshad (UiTM), Prof. Dr. Rosziati Ibrahim (UTHM) dan Prof. Madya Dr. Shukor Ab. Razak (UTM) serta diwakili oleh Puan Umi Shaliza Sharuddin dan Puan Nurain binti Abdul Rahman selaku pegawai MQA.
Penilaian program melibatkan sesi perbincangan dan wawancara dengan dekan dan pensyarah, mengkaji dokumentasi serta mewawancarai para pelajar dan pensyarah. Sesi tersebut telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Akademik, Prof. Dr.Ab Rahim Ismail serta Dekan Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat (FCIT), Prof. Prof. Dr. Wael Yafooz dengan kehadiran pensyarah-pensyarah fakulti, pegawai pendaftar dan pegawai pentadbiran universiti.
Pada akhir lawatan itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Akademik menyampaikan penghargaan kepada para perwakilan dan kemudian diikuti dengan lawatan pejabat di sekitar kemudahan akademik dan pentadbiran MEDIU.