Al-Madinah International University (MEDIU) telah menerima lawatan panel dan pegawai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk lawatan akreditasi bagi program di bawah naungan Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat (FCIT) Diploma in Information Technology (MQA/FA 0784) pada 11-12 April 2018.
Delegasi panel terdiri oleh Dr. Zulkefli Mansor (UKM) and Dr. Kamarulariffin Abd Jalil (UiTM) serta diwakili oleh Puan Umi Shaliza Sharuddin selaku pegawai MQA. Penilaian program melibatkan sesi perbincangan dan wawancara dengan dekan dan pensyarah, mengkaji dokumentasi serta mewawancarai para pelajar dan pensyarah. Sesi tersebut telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Akademik, Prof. Dr.Ab Rahim Ismail serta Dekan Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat (FCIT), Prof. Dr. Wael Yafooz dengan kehadiran pensyarah-pensyarah fakulti, pegawai pendaftar dan pegawai pentadbiran universiti.
Pada akhir lawatan itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Akademik menyampaikan penghargaan kepada para perwakilan dan kemudian diikuti dengan lawatan pejabat di sekitar kemudahan akademik dan pentadbiran MEDIU.




