fbpx

Lawatan Akreditasi MQA-Master ICT E-Enterprise (B&C) (MQA/PA0353)

Al-Madinah International University (MEDIU) telah menerima lawatan panel dan pegawai Agensi Kelayakan Malaysia(MQA) untuk lawatan akreditasi bagi program di bawah naungan Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat (FCIT) ‘Master in ICT E-Enterprise (B&C) (MQA/PA0353)’ pada 18-19 September 2017. Delegasi panel terdiri oleh Prof. Datin Dr. Noor Habibah Arshad (UiTM), Prof. Dr. Omar Zakaria (UPNM) dan Prof. Dr. Maslin Masrom (UTM) serta diwakili oleh Encik Mohd Ishak Mohd Hussaini, selaku pegawai MQA.

Penilaian program melibatkan sesi perbincangan dan wawancara dengan dekan dan pensyarah, mengkaji dokumentasi serta mewawancarai para pelajar dan pensyarah. Sesi tersebut telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Akademik, Prof. Dr.Ab Rahim Ismail serta Dekan Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat (FCIT), Prof. Prof. Dr. Wael Yafooz dengan kehadiran pensyarah-pensyarah fakulti, pegawai pendaftar dan pegawai pentadbiran universiti.

Pada akhir lawatan itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Akademik menyampaikan penghargaan kepada para perwakilan dan kemudian diikuti dengan lawatan pejabat di sekitar kemudahan akademik dan pentadbiran MEDIU.