fbpx

Lawatan dari Al-Zahraa University, Turkey

Al-Madinah International University (MEDIU) menerima tetamu yang dihormati dari Universiti Al-Zahraa Turki ((http://alzahraa-university.com/) pada hari Isnin. 22 Oktober 2018. Lawatan itu diketuai oleh Prof. Madya Dr. Osama Jado, Naib Presiden Universiti Al-Zahraa untuk Pengajian Siswazah dan Penyelidikan Ilmiah dan wakil universiti, Prof.Farouk Ibrahim. Kedatangan delegasi disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen serta Prof. Dr. Ab Rahim Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Hal Ehwal Akademik dan Pengantarabangsaan.

Semasa lawatan tersebut, mesyuarat penyelarasan telah diadakan di antara kedua-dua institusi pendidikan untuk membincangkan kemajuan di dalam membangunkan koloborasi di masa hadapan serta dalam memberi sokongan kepada para pelajar dalam mengikuti pengajian mereka di MEDIU. Perbincangan tersebut dihadiri oleh Encik Zainul Azhan Ahmad Bashir, Ketua Pegawai Teknologi; Prof. Madya. Dr. Doucoure Abdou Samadou, Dekan Fakulti Pengajian Sains Islam; Dr. Tayeb Mebrouki, Pengarah Pusat Pengajian Siswazah; Encik Ahmad Fallatah, Ketua Bahagian Pengantarabangsaan dan Encik Baher Mohammed Al-Mutawakel dari Jabatan Kemasukan dan Rekod.