fbpx

Lawatan dari Tertiary Education Trust Fund (TETFund), Nigeria

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menerima kunjungan delegasi Tertiary Education Trust Fund (TETFund) yang berpusat di Abuja, Nigeria pada hari Khamis, 3 Mei 2018. Lawatan susulan tersebuat bertujuan membuat pemantauan kepada tahap pelajar mereka, yang berada di bawah biasiswa TETFund dan untuk membina hubungan dengan pihak universiti. Delegasi tersebut dipimpin oleh Barrister Ifiok Ukim; Pengarah Pejabat Setiausaha Eksekutif yang diiringi oleh wakil-wakil TETFund iaitu Engr. Mustapha Gotala, Timbalan Pengarah Pemantauan & Penilaian; Encik Joseph Odo, Penolong Pengarah ICT dan Encik Khalil Abdul dari Jabatan Pembangunan Manusia.

TETFund merupakan sebuah Agensi Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Persekutuan Pendidikan di Abuja, Nigeria. Ia menyediakan dana untuk memperbaiki pengajaran dan infrastruktur pembelajaran serta bahan sumber, kemudahan dan kandungan pengajaran. MEDIU dipilih sebagai antara institusi asing yang berwibawa bagi pelajar yang terpilih untuk meneruskan pelbagai program ijazah di bawah penajaan mereka. TETFund sebagai dasar akan memantau semua pelajar tajaannya dari semasa ke semasa bagi memantau prestasi pelajar serta berinteraksi dengan dengan pihak pengurusan universiti. Maklumat lanjut mengenai TETFund boleh melayari http://tetfund.gov.ng/

Rombongan TETFund disambut oleh Prof. Dr. Ab Rahim Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Hal Ehwal Akademik & Pengantarabangsaan; Prof. Dr. Daud Abdul Quadir Elega, Pengarah Pusat Pengajian & Persediaan Bahasa; Asst. Prof. Dr. Tayeb Mebrouki, Pengarah Pusat Pengurusan Pasca Siswazah serta pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Islam dan Fakulti Bahasa.