Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menerima kunjungan delegasi Tertiary Education Trust Fund (TETFund) yang berpusat di Abuja, Nigeria pada hari Selasa, 27 September 2016. Lawatan susulan tersebuat bertujuan membuat pemantauan kepada tahap pelajar mereka, yang berada di bawah biasiswa TETFund dan untuk membina hubungan dengan pihak Universiti. Delegasi diketuai oleh Pegawai Kanan TETFund, Encik Omar Abdullah dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi di pejabatnya.
TETFund merupakan sebuah Agensi Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Persekutuan Pendidikan di Abuja, Nigeria. Ia menyediakan dana untuk memperbaiki pengajaran dan infrastruktur pembelajaran serta bahan sumber, kemudahan dan kandungan pengajaran. MEDIU dipilih sebagai antara institusi asing yang berwibawa bagi pelajar yang terpilih untuk meneruskan pelbagai program ijazah di bawah penajaan mereka. TETFund sebagai dasar akan memantau semua pelajar tajaannya dari semasa ke semasa bagi memantau prestasi pelajar serta berinteraksi dengan dengan pihak pengurusan Universiti. Maklumat lanjut mengenai TETFund boleh melayari http://tetfund.gov.ng/
Rombongan TETFund disambut oleh Dekan Bahagian Kemasukan dan Pendaftaran; Asst. Prof. Dr. Doucoure Abdou Samadou, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar; Asst. Prof. Dr. Yousef Abu Baker El-Ebiary serta dihadiri oleh Dekan Bahagian Pembangunan Universiti dan Kualiti; Asst. Prof. Dr. Bakare Kazeem Kayode dan Ketua Jabatan Perkhidmatan Pelajar; Puan Bibi asma ‘Sher Mohammad.








